saya salah seorang peminat novel yang mengisi masa lapang dengan membaca.

sebarang pertanyaan bolehlah email ciknovel@gmail.com

Showing posts with label ulasan novel. Show all posts
Showing posts with label ulasan novel. Show all posts

4 July 2011

Gelora ~ Ma lee chuswan




Tajuk: Gelora



Penulis: Ma lee chuswan
Terbitan: kaki novel
Bil mukasurat: 338



Sinopsis:

Adam  dijadikan sebagai anak angkat oleh Dato’ Mustaffa setelah ayahnya yang bekerja di syarikat Dato’ Mustaffa terbunuh di dalam satu nahas pesawat. Setelah menganakangkatkan Adam yang ketika itu berusia enam tahun, isteri Dato’ Mustaffa akhirnya mengandung dan melahirkan Mila Nur Adam.


Meningkat dewasa, Adam menjadi orang harapan Dato’ Mustaffa dalam menerajui Firma Perkasa. Adam menjadikan Firma Perkasa sebuah syarikat yang disegani di kalangan ahli-ahi korporat. Malangnya Mila pula merasakan kehadiran Adam membayangi hidupnya.


Jarak umur memisahkan Mila dan Adam. Adam bagakan seorang abang yang sentiasa melindungi dan ingin memastikan adik perempuannya menjadi seorang gadis yang sempurna. Pergerakan dan pergaulan Mila sentiasa dikawal. Sebagai seorang gadis remaja, Mila merasa diri terkongkong apabila setiap kesilapannya sentiasa dihitung oleh Adam. Mila merasa tertindas. Dia merasakan Adam seolah-olah ingin merampas kedudukannya di sisi Dato’ Mustaffa dan semua itu akhirnya melahirkan bibit-bibit kebencian di hatinya terhadap Adam.


Tidak berdaya dan ingin bebas dari cengkaman Adam, Mila menyambung pelajarannya ke luar negara dan hanya kembali selepas lima tahun kemudian. Dia berusaha menyaingi Adam dan menjadi orang baru yang tidak mungkin lagi diperkotak-katikkan oleh Adam. Namun Adam tetap seperti dulu – berkarisma, kental dan sukar digugat. Kegagalan Mila untuk mengatasi Adam dan merampas kembali teraju Firma Perkasa membuatkan perasaan dendam dan rasa bencinya terhadap lelaki itu kian membara.


Tanpa pengetahuan Mila, ayahnya telah merancang untuk menyatukan dia dan Adam di dalam sebuah perkahwinan. Mila membantah, tetapi demi kesihatan ayahnya dan juga kerana ingin mempertahankan haknya daripada jatuh ke tangan Adam, Mila akhirnya rela memperjudikan nasibnya dengan berkahwin dengan Adam yang dianggap bagaikan duri di dalam daging.

Bagi Adam, perkahwinan di antara dia dan Mila umpama mimpi menjadi nyata. Namun rumah tangga mereka bagaikan bahtera yang tidak henti-henti dilanda badai. Mila sentiasa dengan kerenah yang mencengkam perasaan. Tuduhan demi tuduhan dilemparkan. Rasa sangsi dan ketidakpercayaan beraja di hati. Tiada kasih yang disemai di istana mereka. Segalanya gersang. Adam hanyalah suami pada nama. Mengharap kasih bagaikan menunggu buah yang tidak mungkin gugur. Tetapi demi kasih yang terpendam sekian lama, Adam bertahan. Namun kesabaran manusia ada batasnya. Benteng kesabaran Adam akhirnya roboh ditunda Mila. Demi kebahagiaan Mila, Adam mengundur diri dan meninggalkan segala-galanya.
Malangnya setelah kehilangan Adam, barulah Mila menyedari kesilapannya selama ini. Barulah dia sedar bahawa lelaki yang dibencinya selama ini adalah satu-satunya lelaki yang benar-benar mencintainya. Akibat khianat, fitnah dan hasad dengki orang ketiga, dia jadi buta hati. Dia menyesal kerana sikap buruknya selama ini terhadap Adam. Malangnya terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.


Perasaan cinta yang tiba-tiba saja meluap-luap terhadap Adam kini membakar diri. Tanpa Adam dunianya hambar. Namun sudah terlambat untuknya berpatah balik. Nasi sudah menjadi bubur. Adam yang dituduhnya bersikap tamak, ingin menjulang nama menjadi raja telah pergi sehelai sepinggang….

Ulasan saya:


Novel ni merupakan versi terbaru yang baru diupgrade. saya order online via kaki novel.plain betul covel beliau ni.nape cover novel terbitan kaki novel yang lain gempak ya. bila baca biodata penulis baru tahu ma lee chuswan ni seorang perempuan.selama ni duk baca novel beliau yang sebelum ni ingatkan lelaki.ye la banyak2 novel beliau berkisahkan latar belakang yang romantik...so novel garapan beliau merupakan selera saya 


Novel ni berkisarkan adam seorang anak yatim piantu yang dipeliharakan oleh dato mustaffa.dato mustaffa mempunyai seorang anak yang bernama mila.mila telah kehilangan ibu nya sejak kecil.sejak zaman remaja mila menjadi seorang yang suka memberontak dan membenci adam.dia menganggap adam seorang perampas.


kisah seterusnya merupakan bahagian suspen.tak sangka adam mempunyai isihati dekat mila.apabila mila mendapat tahu niat sebenar adam.adam telah pergi jauh. dan seterusnya anda harus membaca sendiri =)


bintang saya: 4 ****(cerita biasa,olahan biasa tapi indah bahasa)

3 July 2011

Stanza Cinta ~ Nurull Halawati





Tajuk: Stanza cinta

Penulis: Nurull halawati

Penerbit: Galeri ilmu

M/surat: 405


SINOPSIS:


Amni Sorfina hanyalah seorang wanita akhir zaman yang sedaya upaya untuk menjadi solehah. Namun..jalan yang terbentang dihadapannya selalu berombak dan tidak pernah tenang. Ujian itulah teman baik yang selalu mengikutnya kemanapun dia melangkah.

Ketika bahagia mula menyapa dirinya, ketika bunga-bunga sakura mengembang dengan indahnya, ketika dia mula tersenyum bahagia....tiba-tiba sahaja segalanya menjadi begitu menyiksakan jiwa dan menikam-nikam tangkai hatinya. Seolah-olah istilah bahagia itu bukan untuknya. Apa sahaja yang diimpikan dan diharapkan tidak pernah menjelma menjadi kenyataan. Sering sahaja Allah mengambil orang-orang yang disayangi dari sisinya.


Sehingga pernah dia merintih hiba, “Ya Allah...apakah tiada yang namanya bahagia itu untukku didunia ini?? Kenapa hidup ini sering tidak menyebelahi diriku? Andai dengan segala derita ini Engkau ingin menghapuskan segala dosa-dosaku, alangkah ringannya penderitaan ini. Andai dengan derita ini Engkau ingin selamatkan aku dari neraka-Mu dan memasukkan aku kedalam syurga-Mu yang kekal abadi..alangkah indahnya penderitaan ini”


Irfan Ikmal - “Amni itu seorang bidadari yang sangat lemah lembut dan penyayang...namun dia seorang yang tegas. Amni seorang wanita yang suka menangis dan mudah tersentuh hatinya...namun dia seorang yang sangat tabah!! Amni seorang Hawa yang mempunyai cinta yang begitu besar buat Sang Adamnya….namun dilindungi ia disebalik prinsip-prinsip yang dipertahankannya. Amni menunjukkan cahaya ketika aku teraba-raba dalam kegelapan. Dialah yang membuatkan aku mampu tersenyum dengan cintanya…juga dengan cinta Tuhan yang diajarkannya padaku”


Taufiq Imran, Bandung Indonesia – “Subhanallah…Amni adalah sosok wanita solehah yang ingin aku jadikan zaujah disisiku. Aku membutuhkan dukungannya sebagai peneguhku, aku membutuhkan doanya untuk kehidupanku, aku membutuhkan senyumnya untuk mengatasi kesedihanku...dan aku juga membutuhkan dirinya untuk membuatkan hidupku menjadi sempurna. Aku ingin selamanya melalui lorong-lorong dakwah ini ditemani zaujah yang seindah dirinya…Aku sungguh mencintainya kerana Allah…..”

Simpang kehidupan Amni begitu rumit dan melelahkan. Terhidang dengan derita dan airmata. Walaupun cinta itu ada didepan matanya, namun dia tidak pernah sempat mengecapi makna bahagia itu. Hatinya sering luluh dan terluka kerana cinta yang dimiliki.


Apakah Amni akhirnya berada disisi Taufiq…seorang lelaki yang begitu dicintainya, lelaki soleh yang mula mengajar Amni makna cinta sejati, Sang Adam pertama yang telah berjaya membeli cintanya yang paling mahal itu? Atau Irfan Ikmal yang selalu hadir dengan cinta yang luhur dan suci untuk Amni. Yang rela memberikan seluruh kebahagiaan yang dimilikinya untuk Amni. Mestikah dia memilih cinta ini? Tidak bisakah dia mengecapi bahagia tanpa perlu menyakiti insan lain?

“Ya Allah….segalanya kuserahkan kepada-Mu. Aku hanya hamba-Mu yang kerdil yang tidak bisa berbuat banyak. Biarlah Engkau yang memilih cinta dan memilih kehidupan untukku. Aku tidak ingin memaksa Engkau memberikan apa yang aku mahu…berikanlah apa yang terbaik menurut ilmu-Mu itu padaku. Kerana seluruh hidupku..cintaku..dan nyawaku adalah milik-Mu yang mutlak dan hakiki!!!!” – Amni Sorfina


Ulasan saya:


Novel ini saya beli secara online apabila mendapat tahu akan di adaptasi dalam bentuk drama. sudah lama saya abiskan baca novel ni.sekarang dekat tv sudah 2 episod cerita ini ditayangkan.sedikit sebanyak ada kesamaan dengan jalan cerita di dalam novel ni.

3 watak utama dalam novel ni adalah amni,taufiq dan irfan. amni seorang perempuan lindungan kaabah yang begitu menjaga batas2 seorang wanita muslim. beliau bertemu dengan taufiq dalam majlis ilmu dan mula jatuh hati dengan ciri2 taufiq yang melambangkan muslim yang sejati(pandai mengaji,banyak ilmu) dalam masa yang sama.amni juga bertemu dengan irfan.seorang anak orang kaya yang masih mencari diri.irfan jatuh hati dengan amni dan berusaha memikat hati amni dengan memperbaiki diri menjadi lebih baik.

konflik bermula apabila hati amni yang sudah dimiliki oleh taufiq apabila taufiq membatalkan pernikahan kerana mempunyai masalah di tempat taufiq.taufiq yang baru kematian ayah berasa was2 kerana banyak tangungjawab sedang menanti. amni pasrah dengan ujian ni.irfan apabila mengetahui amni tidak menjadi milik orang,irfan terus meminang amni.amni melakukan solat istikarah dan menemui irfan bahawa itulah jodohnya.bahagian ni saya suka membaca sebab berasa berbunga2.cara layanan irfan kepada amni =)

pertunangan amni dengan irfan dijalankan dengan lancar. sehari selepas bertunang irfan telah rebah dan disyaki menghidap penyakit SLE dan mempunyai jangka hayat hidup yang pendek.amni mencadangkan untuk bernikah dengan irfan secepat mungkin supaya boleh menjaga irfan yang sedang sakit.tapi malangnya irfan tidak mahu kerana mahu menikah apabila benar2 sembuh. akhirnya irfan meninggal dan jodoh amni dengan irfan setakat bertunang. memang sedih dan saya berasa sebak semasa membaca bahagian ni. 

akhirnya amni bertemu balik dengan taufiq.mereka berkahwin dan mereka bercinta kerana Allah =)


bintang saya: 3*** ( boleh dibaca,)